Saturday, December 31, 2011

Dear POD: Esok sudah 2012!!


Assalamualaikum...

DEAR POD

Ayoyo!

Esok sudah 1 Januari 2012??

Cepatnya masa berlalu!!!

Dah sudahlah saya tidak tahu mahu ambil jurusan apa tahun depan T.T

Any ideas???

Apa-apapun..

Di entri ini saya mahu ringkaskan tahun ini...

Pada tahun ini, saya belajar banyak benda...

Kenal ramai orang...

Dapat keputusan cemerlang..

Tidak tahulah macam mana tahun hadapan...

Cakap tentang kenal ramai orang...

Saya mahu senaraikan kawan-kawan baru saya sepanjang tahun ini XD

DI FACEBOOK
1) Hafiy Haikal (Selalu berborak dengan dia masa cuti ini)
2) Shucoury Shuko (Mangsa buli saya! Hehehe =P)
3) Mohammad Rozlan Dzulkifli (Budak suka menggila dengan saya! XD)
4) Wan Nadia (Geng admin dan juga kawan rapat XD)
5) Hidayah Nizam (Geng admin dan juga kawan rapat XD)
6) Syahirah Haziqah (Peminat novel Ain Maisarah dan juga rakan yang boleh dipercayai)
7) M Faridzuan Majid (Co-author saya! Kawan baik saya juga!)
8) Milo (Rakan debat!)
9) Ahmad Solihin (Rakan admin! Peminat game!)
10) Balqish Humairah (Rakan admin!)
11) Peminat-peminat Ain Maisarah

DI SEKOLAH
1) Syakir
2) Syis Sazali
3) Dan lain-lain

Thanks for being my friends =D

Bangga sangat ada kawan-kawan macam kamu semua =)

Oh! Hari ini juga berlangsung pelancaran blog Fanpage AinMaisarah!

Mahu baca? KLIK!

Baiklah, itu sahaja..

Dengan ini, saya mengucapkan..

SELAMAT TAHUN BARU!



THANKS FOR READING THIS NONSENSE

Assalamualaikum...

Thursday, December 29, 2011

Dear POD : Pahit Manis di Cameron Highlands Part 2

Assalamualaikum...

Mengapa hari ini saya ketengahkan entri saya?

Suka hati sayalah! Blog saya =P

Sebenarnya, saya nak ubah sedikit penampilan blog ini...

Blog ini akan diubah penampilan dari semasa ke semasa...

Ikutlah pengetahuan blog yang saya baru tahu =D

Maaflah sebab saya sudah lama tidak tulis apa-apa di sini...

Sibuk sangat dengan Fanpage AinMaisarah ini...

Dah jadi admin, nak buat apa pun tak jadi XD

Baiklah, kita sambung cerita Cameron yaaa?

DEAR POD

Baiklah, saya berhenti pada masa kereta dilanggar bukan?

Jadi, saya sambung apa yang terjadi selepas itu...

Selepas itu, saya keluarlah dari kereta

Ibu saya suruh berjalan-jalan dahulu

Jadi, saya berjalan dengan kakak saya dan singgah di satu kedai membuat nama..

Kakak saya mengada-ada nak buat nama dia dengan teman lelaki dia...

Sampai ibu saya telefon banyak kali pun dia tetap nak buat...

Nasib baik apabila ibu saya sampai, dia sudah berhenti...

Saya? Saya tidak buat sebab saya mahu buat nanti-nanti...

Hehehehe....

Jadi, pendekkan cerita, kami ke rumah persinggahan kami..

Nasib baik ada makcik tolong kami...

Katanya ada rumah kosong di sebelah rumahnya jika mahu sewa...

Apabila kami pergi ke rumah itu...

Rumah kami ada tertulis sesuatu di dinding depan kami...

Mahu tahu apa?

Perkataan F***...

Hahahahaa...

Bak kata ayah saya, "Itulah trademark rumah kita."

Saya dan keluarga ketawa berdekah-dekah =D

Ha? Gambar?

Gambar yang saya ada sedikit sahaja...

Sabarlah ya?

OK, SAMBUNG CERITA!

Jadi, kami rehatlah sebentar, solat Zuhur dan sebagainya...

Dan saya keluarlah dengan abang dan kakak saya...

Pergi shopping!

Macam-macam kedai disinggahnya... Tetapi kedai yang paling lama ialah kedai buat nama

Sebabnya kakak sayalah! "Nak buat nama untuk abahlah!" "Nak buat nama untuk maklah!"

Menyampah saya! Dah sudahlah saya perlu teman...

Akhir sekali, terpaksalah saya buat juga nama..

Nak tengok? Nak tengok?

Silakan =)


Ini nama pena saya...


Ini nama sebenar saya =)

Cantik dan simple memang saya suka =D

Setelah itu, kami berjalan di pasar malam...

Bosan jugalah..

Tapi memang menarik perhatian dan semestinya, sejuk yang amat!

Bila sampai sahaja di rumah persinggahan...

"Mari makan malam! Malam ini kita makan sayur sahaja!"

Aduh!!!!!!!!

Nasib saya peminat tegar sayur =D

Sayur pun sayurlah!!!!

Pada esok hari (18/12/2011) ...

Kami bersarapan di food court sahaja XD

Selepas itu, kami terus bertolak ke Kia Farm...

Dan terus bershopping sakan

Saya ada beberapa gambar untuk dijadikan candid XD


"Ayoyo! Apa pasal saya harus buat ini kerja... Banyak bosanlah!"


"Waduh! Waduh! Gua bosan loh.. Mengapa ngak ada orang datang ke kedai gua!"

Hahahahahaa... =D

Sambung cerita lagi OK?

Saya beli apa?

Saya beli strawberry untuk dimakan dan air kordial strawberry untuk diminum...

Oh ya! Saya juga beli satu baju T-Shirt! Saya suka sebab ia cantik =D

Dan selepas kami siap kemas barang..

Kami turun ke bawah bukit semula...

Bye bye CAMERON HIGHLANDS!

Will Miss You!!


Tidak tahulah mengapa depan kamera saya susah mahu senyum >.<

Thanks for reading this nonsense!

Assalamualaikum...

Sunday, December 25, 2011

Dear POD : Pahit Manis di Cameron Highlands Part 1..

Assalamualaikum...

DEAR POD...

Hari ini, saya akan cerita tentang pahit manis saya di Tanah Tinggi Cameron...

Saya akan sertakan gambar sedikit untuk tatapan semua =D

90% daripada gambar tersebut saya yang tangkap =P

BAIKLAH...

Saya akan mulakan cerita..

Perjalanan kami bermula pada 17/12/2011

Bertolak pada jam 7:00 pagi...

Awalnya!!

Memanglah awal! Nanti traffic jam bagaimana?

Saya akan skip terus ke masa kami naik bukit..

Kami stop makan durian sebentar..

Memang, terbaik




Hoiii, tak ada kerja letak gambar Boboiboy?




Selepas itu kami sambunglah naik....

Naik, naik dan naik....

Kami sampai di tempat ini...






Ini gambar lama, sahaja saya guna kerana saya datang ke tempat yang sama =D





Kami turun dan target tandas dahulu kerana kami duduk di dalam kereta TERLALU lama =D

Selepas itu barulah kami minum teh..

Bak kata syarikat itu, "ANYTIME IS TEA TIME"

Saya sebenarnya memang peminat teh yang tegar =D

Mahu tengok gambar saya itu?




Buruknya gambar saya... Tapi memang masa itu saya mahu angkat cawan tersebut =D












Hoi, pandang siapa itu? Termenung jauh nampak? =D











Cantiknya keindahan alam yang Tuhan beri =D







Kami minum apa di situ? Kami minum TEH MASALA..

Apakah itu? Sejenis tehlah! =D

Saya sambung lagi..

Setelah itu, kami ke Berinchang (betulkah ejaan ini?)

Kami cari tempat tinggal dahulu...

Jadi, ayah saya parking di satu tempat...

Ayah saya pergilah cari tempat tinggal..

Kami pula ditinggalkan di dalam kereta...

Tiba-tiba,

PAP!

Terkejut benar kami..

Rupa-rupanya ada kereta langgar belakang kereta kami..

Abang saya pula, terus keluar dari kereta.. Macam mahu cari gaduh..

Tak patut! Tak patut!

Selepas itu, ibu saya pula keluar...

Mulalah perang mulut...

Masa ibu saya sedang cek belakang kereta...

PAP!

Sekali lagi...

Belakang kereta saya dilanggar..

Kali ini dengan ibu saya di belakang..

=(

Kasihan ibu saya...

Eh eh! Dia tidak apa-apa..

Saya kasihankan ibu saya kerana tali selipar dia terputus =D

Sebab tayar itu langgar selipar ibu saya...

Jadi, ibu saya pergilah beli baru..

Keh keh keh...

Teruk juga keadaan kereta kami...

Tapi yang melanggar lebih teruk...






Yang budak dibulat warna biru itulah pemandu kereta tersebut..
Hmm.. patutlah...










Inilah kereta kami...









Baiklah, saya berhenti di sini...

Kita berjumpa lagi di dalam Pahit Manis di Cameron Highlands Part 2 ok?

Thanks for reading this nonsense...

Assalamualaikum...

Friday, December 23, 2011

Dear POD: Wah! Wah! Alhamdulillah

Assalamualaikum...

DEAR POD,

Wah, lamanya saya sudah tidak update blog ya! =(...

Bukan apa, takutkan keputusan PMR...

Tapi,

Alhamdulillah sangat-sangat...

9A dalam tangan =,)

Masa nak ambil itu, menggeletar sangat-sangat..

Thanks Haikal , sebab temankan masa ambil keputusan itu...

Walaupun guna mesej...

Memang tenanglah juga jadi...

Ceritanya macam ini...

Masa itu nak diumumkan...

Cikgu Malik pun umumlah 6A dahulu..

Umum...dan umum... dan umum... (dalam hati ini cakap: Jangan ada nama..jangan ada nama...Tapi kalau tidak ada nama, mungkin 5A...ahhh!)

Habis 6A, tiada nama saya...

7A pula...

Umum... dan umum... dan umum... (mula-mula ingat saya dapat 7A sebab Syafireen cakap, THANKS FOR NOTHING!)

Tidak ada juga, masa itu saya sudah menggeletar tahap maksima!

Kemudian, cikgu Malik nak umum 9A dahulu...

LAGILAH MENGGELETAR!!!

Mula mula...

Dipanggil beberapa orang kawan saya..

Dah takut..

Tiba-tiba

AMIN BIN AZHAR... ANAK CIKGU JASEMAH INI..

Terus saya bangun, peluk mak dan keluar dari dewan...

Masa keluar itu, cikgu-cikgu yang duduk di bawah semua sudah cakap TAHNIAH!

I am like a king that day!

Bukan apa, sebab saya ialah satu-satunya lelaki di sekolah saya yang dapat 9A di sekolah saya pada tahun itu..

Dan lelaki yang kedua dapat 9A PMR di dalam rekod sekolah...

Sudah ada orang dapat 9A lelaki tahun lepas =(

Kalau tidak, boleh saya pecah rekod..

Ok...ok...dah lari dari jalan cerita..

Jadi, saya keluarlah dari dewan.. Saya lalu jalan belakang...

Saya terus mesej Haikal dahulu...

Kenapa saya mesej dia dahulu?

Sebab dia ialah kawan saya yang paling saya rapat dan kawan saya yang paling terbaik di dunia!

Pada hari itu, SEMUA cikgu yang saya jumpa bangga dengan saya...

Rupa-rupanya mereka sudah tahu dahulu..

MANA ADIL! >=(

Anyway, they are proud of me...

My mom are proud of me...

My dad are proud of me...

My sister are proud of me...

My friends are proud of me...

But, my brother are'nt...

He still keeps teasing me
...

Biarlah dia...

Dia tidak bangga dengan adik dia nak buat macam mana bukan?

Terima kasih kepada guru-guru yang sudah mengajar saya dari Tingkatan 1-3

BM- Cikgu Ali, Cikgu Rafidah, Cikgu Norlela, Ustazah Normah
BI- Cikgu Norziyani, Cikgu Hamimah, Cikgu Umi, Cikgu Ghani
MT- Cikgu Faizah, Cikgu Saiful, Cikgu Zalina, Cikgu Izra/Ezra (tak pasti namanya), Cikgu Noraini, Acik Tini (kawan ibu saya ini..)
SN- Cikgu Ramlah, Cikgu Wahidah, Cikgu Zaleha, Cikgu Bahiyah
GEO- Cikgu Zubaidah, Cikgu Salwati, Cikgu Rohaidah, Cikgu Norhayati
SEJ- Cikgu Bala, Cikgu Rosmah, Cikgu Kamariah, MY OWN MUM
AGAMA- Ustazah Shakimaz, Ustazah Rohaidal, Cikgu Salmah
KH- Cikgu Roziah, Cikgu Salim
BA- Ustazah Shakimaz, Ustazah Suziana, Ustazah Normah, Ustaz Zaimi

Terima kasih sangat-sangat kerana mengajar saya..

Thanks for reading this nonsense

Assalamualaikum..

Friday, December 16, 2011

Kawan-kawanku! - Mohd Norhafiy Haikal


Assalamualaikum...

KAWAN-KAWANKU!

Hari ini, saya mahu tulis tentang Mohd Norhafiy Haikal

Yeah! I love his name too =D

Walaupun kami baru kenal, tapi entahlah...

Hari-hari mesti sekurang-kurangnya satu like di status dan satu mesej di inbox =D

Sebab saya tak ada ramai kawan sangat, jadi hari-hari saya kacau dia sahajalah...

Kadang-kadang dia yang suka kacau saya =D

Dia cakap, dia guna "Beruk Band" ...

Jadi malam-malam internet-nya slow...

Tidak mengapa...

Oh! Nak tengok gambarnya?









NAIK FIXIE LA TU HYEKAL? =D








Dah tengok ke?

Serius, dia ini baik sangat =D

One of the nicest guys I met ( not officially! )

Walaupun minat kami tidak sama...

Tapi kami kongsi minat kami..Jadi sebab itu hari-hari kami tidak bosan..

Sebab hari-hari kami ada topik untuk dibincangkan =D

That's it for today!

Thanks for reading this nonsense!

Assalamualaikum

Tuesday, December 13, 2011

Koleksi Aku - Aku Mahu Saiz S


Assalamualaikum

KOLEKSI AKU

Hari ini, saya akan menceritakan tentang buku Ain Maisarah yang ke-2 iaitu

AKU MAHU SAIZ S

Ya, saya tahu...

Nama buku itu girly bukan?

Tak sesuai dengan budak lelaki bukan?

No matter!

Ada juga penulis lelaki yang menulis buku tentang perempuan bukan?

Contohnya, Azanil Fitri, penulis buku Diari Gadis Bintang ...

Kaver-nya memang girly...tapi penulisnya lelaki..

So, tidak ada masalah seorang lelaki membaca novel..OK?

Back to the topic

Ini kaver buku Aku Mahu Saiz S








Warna pink juga...sama macam Aku Mahu Popular XD









Buku ini cerita tentang apa?

Tentang orang yang mahu kuruslah..

Hehehe...Sebenarnya, cerita ini tentang tiga orang gemuk yang mahu kurus! (Bukan saya sudah cakap ke?)

Mereka ialah Edrina, Widya dan Umi...

Kemudian, ada pula kumpulan The Size S

Kumpulan itu terdiri daripada tiga orang juga

Iaitu Sri Hana, Huda dan Nita...

Mereka bertiga berlagak sangat sebab mereka kurus

Kesian Edrina, Widya dan Umi...

Kemudian mereka berenam bergaduh...

Selepas itu...Selepas itu...

Bacalah sendiri!

Thanks for reading this nonsense

Assalamualaikum =)

Monday, December 12, 2011

Dear P.O.D - Terharu =,)

Assalamualaikum...

DEAR P.O.D

Terharu? Terharu apa bendanya ini?

Semua disebabkan Kak Ain Maisarah =D

Entri hari ini saya tujukan khas kepada Kak Ain =D

Bukan apa, semalam beliau berbincang dengan admin Fanpage AinMaisarah tentang pelancaran blog...

Setelah habis berbincang, beliau tulis di status-nya sesuatu...

Mahu tahu apakah sesuatu itu?

Lihat gambar ini! XD



(Kalau tak nampak, dipersilakan untuk membesarkannya dengan click di gambar itu)






Hebat bukan?

Mahu tahu siapa Ain Maisarah ini?

Mari saya kenalkan =)

Beliau ialah penulis kegemaran saya...

Seorang yang sangatlah baik dan sporting (Saya tidak bodek OK!)

Suaranya comel sangat =D (Kenyataan...)

Ibu bapa saya juga sangatlah menyokong saya membaca buku-bukunya...

Kadang-kadang, mereka menegur saya...

"Adik, bila buka Facebook saja mesti Ain Maisarah."

Beliau sudah ada 29 buah buku sinonim dengan umurnya iaitu 29 tahun (2011) [Saya ada 26 sahaja..Saya ingatkan saya dah cukup kesemuanya...hanya tinggal Aku Mahu Ain Maisarah...lagi 2 buah buku itu buku apa?]

Senarai bukunya boleh dibaca di sini

Nak tengok mukanya?

Tidak perlulah...Sebab saya sudah letak mukanya di entri 'Koleksi Aku - Aku Mahu Popular'

Baiklah, itu sahaja...

Mahu tahu lebih lagi, sila tanya beliau di sini

Kalau beliau tidak jawab maksudnya beliau sibuk OK?

Blog beliau anda boleh dapati di sini

THANKS FOR READING THIS NONSENSE!

Assalamualaikum

Sunday, December 11, 2011

Pengumuman Terkini - EPIC!

Assalamualaikum...

PENGUMUMAN TERKINI

Pengumuman pendek sahaja bukan?

Pengumuman hari ini bertajuk, EPIC!

Mengapa?

Dengar lagu ini!





Epic gila bukan?

Lagu baru BTR untuk versi UK untuk album terbaru mereka, ELEVATE!!

Harap-harap Malaysia dapat lagu ini..

Lagu ini sangatlah EPIC!

Thanks for reading this nonsense

Assalamualaikum...


Musical Interview - Sterling Knight

Assalamualaikum...

Musical Interview

Haaa..Pernah dengar tak nama Sterling Knight?

Beliau ialah pelakon cerita Starstruck, Sonny With A Chance dan So Random!

Tapi ini namanya Musical Interview

Mula-mula kita tengok sejarah beliau di sini ya!

Dah baca?

Baiklah...kita teruskan dengan lagu kegemaran saya yang beliau nyanyikan OK?



Lagu ini sangatlah tenang untuk didengari =)

Ia mengisahkan tentang seorang yang patah hati

Kemudian ada perempuan yang pujuk orang yang patah hati tersebut..

Orang yang patah hati itu terus jatuh hati kepada perempuan tersebut..

Memang kadang-kadang terkeluar juga air mata dengar lagu ini =)

Well, enjoy!
Thanks for reading this nonsense..

Assalamualaikum

Friday, December 9, 2011

Kawan-kawanku! - Selamat Hari Jadi =)



Assalamualaikum...

KAWAN-KAWANKU!

Hari ini, bersamaan 10/12/11...

Ialah ulang tahun kelahiran dua orang kawan rapat saya...

1) Muhd Adam Hazim (turning 15!)

2) Wan Nadia (turning 12!)

Biar saya ceritakan seorang demi seorang ok?

Gambar ini saya yang tangkap tahu!

Mereka tak kreditkan nama saya pun =(

Ini ialah gambar Muhd Adam Hazim

Dia sangatlah 'sporting'

Kadang-kadang jiwang juga.. Jenuh nak melayan bila dia jiwang >.<

Kami kenal semasa kami tingkatan 1 =)

Seorang pemain 'game' yang kuat..seperti saya...

Secara ringkasnya, saya selesa berkawan dengan dia!

Ini ialah gambar Wan Nadia

Kami baru kenal tahun ini

Seorang yang gila-gila

Dan juga seorang yang sangat baik (Nadia jangan kembang!)

Kuli saya di Fanpage AinMaisarah

Rakan sejawat sebagai Admin Bawah yang tidak berkuasa

Dengan ini, saya selitkan sebuah lagu yang sesuai untuk hari yang bahagia ini..

Selamat hari perkahwinan..EH...Hari Jadi!

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu...EH...Semoga panjang umur!

Dengan ini, saya selitkan sebuah lagu..


Aik? Salah lagi?...Hish... (Serius, saya rasa mereka berdua serasi! XD)

Haaaa....Baru betul...

Selamat hari jadi saya ucapkan!

p/s : Hari ini juga tarikh tutup untuk pertandingan "CIPTA LAGU BERDASARKAN AIN MAISARAH"..boleh sertai lagi..tapi esok sudah tidak boleh =)

Thanks for reading this nonsense...

Assalamualaikum =)

Koleksi Aku! - Aku Mahu Popular

Assalamualaikum,

Koleksi Aku!

Koleksi Aku! ialah di mana saya akan menceritakan salah satu daripada koleksi buku, gambar dan lain-lain...

Hari ini, saya akan tunjukkan salah satu buku kegemaran saya...

AKU MAHU POPULAR karya AIN MAISARAH

Siapa itu Ain Maisarah?

Mari kita lihat.........









Cun tak? Cun tak?



Mestilah cun! ini Ain Maisarah!=D







Sebenarnya, saya mula mengenali Ain Maisarah adalah pada tahun lepas...

(out of the topic!)

Nanti saya buat satu post khas untuk Ain Maisarah ya!

Hari ini.. Kita cerita tentang Aku Mahu Popular...

Bukan saya! Bukan saya! Nama buku itu Aku Mahu Popular!

Ini gambar kaver depannya =)







Cantik bukan?












Buku ini menceritakan tentang Farah dan Ina yang mahu menjadi Popular...

Mereka mahu Popular mengalah THE WANNABABES

Siapakah itu THE WANNABABES?

Cerita lain!

Nanti saya ceritakan!

Yang boleh saya cerita, kumpulan ini dianggotai oleh 7 orang yang gedik-gedik belaka..

Dan mereka MEMANG Popular!!

(dah jauh dah ini...Mana saya berhenti tadi? Aha!)

Selepas itu, Farah dan Ina buatlah "TO DO LIST IN ORDER TO ACHIEVE POPULARISM"

Dan terjadilah benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku!

Siapa nak mula kenal Ain Maisarah...

Saya syorkan buku ini =)

Thanks for reading this nonsense!
Assalamualaikum...

Thursday, December 8, 2011

Suka suka suka!

Assalamualaikum...

Dear P.O.D

Hari ini bosan sangat..

Tak ada orang nak bercakap..

Main game sajalah kerjanya =)

Hish! Macam mana nak capai impian jadi novelis ini!

Biarlah...Biarlah...

Kenapa saya post tentang benda negatif ini?

Padahal, tajuknya SUKA SUKA SUKA!

Sebenarnya, saya jumpa satu website...

Website itu menempatkan SEMUA episod Big Time Rush...

Apa lagi, joget sakanlah saya...

Tengok tak ingat dunia!

Di mana saya tengok?

Saya tengok di sini!

Hehehe...

Thanks for reading this nonsense!

Assalamualaikum =)

Wednesday, December 7, 2011

Musical Interview - Big Time Rush!

Baiklah! Hari ini saya akan buat segmen Musical Interview ...

Musical Interview senang saja...

Saya akan letak satu artis...

Dan contoh lagu...

Dan ceritakan sejarahnya...

Macam mana artis itu dapat nama...

Itulah namanya..Musical Interview!!

Musical Interview hari ini, saya akan ceritakan tentang Big Time Rush

Mula-mula! Kita dengar lagu kegemaran saya dulu OK?




Nama lagu ini ialah Paralyzed

Apa itu Paralyzed?

Mengikut Google Translate, Paralyzed dalam Bahasa Melayu ialah LUMPUH

Tapi dalam lagu ini..Paralyzed ini bermaksud...

KAKU...Apabila orang ini nampak orang yang dia suka..

Dia jadi KAKU...

Semua dia tak boleh buat...tak boleh cakap...tak boleh gerak...tak boleh bernafas dan lain-lain =)

Ada dinyatakan di dalam lirik:

"I tried to speak, but girl you got me tounge-tied..."
"I tried to breathe but I'm....f-f-f-frozen inside"
"I tried to move but I'm stuck in my shoes"
"You got me paralyzed, paralyzed, paralyzed"


...

Baiklah...

Dengarlah lagu tu ok?

Saya nak cerita tentang Big Time Rush a.k.a BTR...

Saya kenal BTR mula tahun ini

Februari rasanya..

Kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang yang SANGAT berbakat

Ahlinya ialah, Kendall Schmidt, James Maslow, Logan Henderson dan Carlos Pena Jr.

Nama pun agak pelik bukan?

Setiap orang ini ada kelebihan sendiri..

Nak tahu apa?

Kendall - Suara yang TOP! Sedap sangat suaranya!
James - GREAT HAIR!! NICE VOICE!!
Logan - Rapper kumpulan ini... Suara lain daripada yang lain...Dengar dia cakap boleh cair =D
Carlos - Ahli yang paling comel...Ahli yang paling kelakar and selamba =)

Nak tahu lagi tentang mereka?

Klik sini

Assalamualaikum..

Thanks for reading this nonsense!

Pengenalan blog saya!

Assalamualaikum...
Di entri ini, saya akan menceritakan tentang blog saya...
As you all know, blog is the place where we express our feelings, like a diary...
Tak faham?
Biar saya terjemahkan =P
Blog ialah tempat kita meluahkan perasaan kita, macam sebuah diari...
Pemilik blog itu BEBAS menulis apa-apa sahaja yang terpahat dalam hati mereka...
Ok...Ok...
Dah jauh dah ni!
Saya sebenarnya nak buat blog saya ada segmen-segmen..
Tahu tak segmen itu apa?
Alaaaa...macam dalam cerita Tom Tom Bak tu...
Jom Borak! Siapa itu! Ada Bakat ke?
Macam itulah!
Tapi segmen-segmen saya lain sikit...
Nak tahu saya nak buat segmen apa?
Berikut ialah segmen-segmen yang akan saya lakukan:-
1) Musical interview
2) Kawan-kawanku!
3) Koleksi aku!
4) Dear P.O.D,
5) Pengumuman terkini
Itulah segmen yang saya akan buat =)
Nak tahu apa maksud segmen-segmen itu?
Tunggu entri seterusnya!
Assalamualaikum! Thanks for reading this nonsense!

Entri pembuka blog!

Assalamualaikum...

Wah... Hari ini baru saya rasa nak 'blogging'...

Orang selalunya 'blogging' guna singkatan seperti "aq,ko,sy,awk"

Tapi saya nak guna Bahasa Melayu Tinggi a.k.a BMT..

Kadang-kadang tak tinggi pun... Cuma saya nak biasakan untuk guna ayat penuh =)

Tetapi kadang-kadang pun saya guna Bahasa Inggeris

Suka hati sayalah! Blog saya! =D

Ok...

Blog saya ini dirasmikan oleh saya sendiri pada 8/12/2011

Idea untuk buat blog ini tercetus apabila ada seorang kawan saya nak tengok blog lama saya...

Bila saya tengok blog lama saya itu...saya cakap

"Apa benda aku tulis ini? Asal tak faham?"

Sebab saya tulis guna singkatan...

Maklumlah, dulu saya selalu guna singkatan...

Sekarang dah kurang...

Sebab kenapa?

Nanti saya cerita...

Well, enjoy the blog..

I will update the blog if I have the time =)
Dengan ini, saya Amin bin Azhar dengan nama pena Adzamin...
Akan membuka blog ini dan akan mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa...
Thanks for reading this nonsense =D