Thursday, December 29, 2011

Dear POD : Pahit Manis di Cameron Highlands Part 2

Assalamualaikum...

Mengapa hari ini saya ketengahkan entri saya?

Suka hati sayalah! Blog saya =P

Sebenarnya, saya nak ubah sedikit penampilan blog ini...

Blog ini akan diubah penampilan dari semasa ke semasa...

Ikutlah pengetahuan blog yang saya baru tahu =D

Maaflah sebab saya sudah lama tidak tulis apa-apa di sini...

Sibuk sangat dengan Fanpage AinMaisarah ini...

Dah jadi admin, nak buat apa pun tak jadi XD

Baiklah, kita sambung cerita Cameron yaaa?

DEAR POD

Baiklah, saya berhenti pada masa kereta dilanggar bukan?

Jadi, saya sambung apa yang terjadi selepas itu...

Selepas itu, saya keluarlah dari kereta

Ibu saya suruh berjalan-jalan dahulu

Jadi, saya berjalan dengan kakak saya dan singgah di satu kedai membuat nama..

Kakak saya mengada-ada nak buat nama dia dengan teman lelaki dia...

Sampai ibu saya telefon banyak kali pun dia tetap nak buat...

Nasib baik apabila ibu saya sampai, dia sudah berhenti...

Saya? Saya tidak buat sebab saya mahu buat nanti-nanti...

Hehehehe....

Jadi, pendekkan cerita, kami ke rumah persinggahan kami..

Nasib baik ada makcik tolong kami...

Katanya ada rumah kosong di sebelah rumahnya jika mahu sewa...

Apabila kami pergi ke rumah itu...

Rumah kami ada tertulis sesuatu di dinding depan kami...

Mahu tahu apa?

Perkataan F***...

Hahahahaa...

Bak kata ayah saya, "Itulah trademark rumah kita."

Saya dan keluarga ketawa berdekah-dekah =D

Ha? Gambar?

Gambar yang saya ada sedikit sahaja...

Sabarlah ya?

OK, SAMBUNG CERITA!

Jadi, kami rehatlah sebentar, solat Zuhur dan sebagainya...

Dan saya keluarlah dengan abang dan kakak saya...

Pergi shopping!

Macam-macam kedai disinggahnya... Tetapi kedai yang paling lama ialah kedai buat nama

Sebabnya kakak sayalah! "Nak buat nama untuk abahlah!" "Nak buat nama untuk maklah!"

Menyampah saya! Dah sudahlah saya perlu teman...

Akhir sekali, terpaksalah saya buat juga nama..

Nak tengok? Nak tengok?

Silakan =)


Ini nama pena saya...


Ini nama sebenar saya =)

Cantik dan simple memang saya suka =D

Setelah itu, kami berjalan di pasar malam...

Bosan jugalah..

Tapi memang menarik perhatian dan semestinya, sejuk yang amat!

Bila sampai sahaja di rumah persinggahan...

"Mari makan malam! Malam ini kita makan sayur sahaja!"

Aduh!!!!!!!!

Nasib saya peminat tegar sayur =D

Sayur pun sayurlah!!!!

Pada esok hari (18/12/2011) ...

Kami bersarapan di food court sahaja XD

Selepas itu, kami terus bertolak ke Kia Farm...

Dan terus bershopping sakan

Saya ada beberapa gambar untuk dijadikan candid XD


"Ayoyo! Apa pasal saya harus buat ini kerja... Banyak bosanlah!"


"Waduh! Waduh! Gua bosan loh.. Mengapa ngak ada orang datang ke kedai gua!"

Hahahahahaa... =D

Sambung cerita lagi OK?

Saya beli apa?

Saya beli strawberry untuk dimakan dan air kordial strawberry untuk diminum...

Oh ya! Saya juga beli satu baju T-Shirt! Saya suka sebab ia cantik =D

Dan selepas kami siap kemas barang..

Kami turun ke bawah bukit semula...

Bye bye CAMERON HIGHLANDS!

Will Miss You!!


Tidak tahulah mengapa depan kamera saya susah mahu senyum >.<

Thanks for reading this nonsense!

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment