Sunday, December 25, 2011

Dear POD : Pahit Manis di Cameron Highlands Part 1..

Assalamualaikum...

DEAR POD...

Hari ini, saya akan cerita tentang pahit manis saya di Tanah Tinggi Cameron...

Saya akan sertakan gambar sedikit untuk tatapan semua =D

90% daripada gambar tersebut saya yang tangkap =P

BAIKLAH...

Saya akan mulakan cerita..

Perjalanan kami bermula pada 17/12/2011

Bertolak pada jam 7:00 pagi...

Awalnya!!

Memanglah awal! Nanti traffic jam bagaimana?

Saya akan skip terus ke masa kami naik bukit..

Kami stop makan durian sebentar..

Memang, terbaik




Hoiii, tak ada kerja letak gambar Boboiboy?




Selepas itu kami sambunglah naik....

Naik, naik dan naik....

Kami sampai di tempat ini...






Ini gambar lama, sahaja saya guna kerana saya datang ke tempat yang sama =D





Kami turun dan target tandas dahulu kerana kami duduk di dalam kereta TERLALU lama =D

Selepas itu barulah kami minum teh..

Bak kata syarikat itu, "ANYTIME IS TEA TIME"

Saya sebenarnya memang peminat teh yang tegar =D

Mahu tengok gambar saya itu?




Buruknya gambar saya... Tapi memang masa itu saya mahu angkat cawan tersebut =D












Hoi, pandang siapa itu? Termenung jauh nampak? =D











Cantiknya keindahan alam yang Tuhan beri =D







Kami minum apa di situ? Kami minum TEH MASALA..

Apakah itu? Sejenis tehlah! =D

Saya sambung lagi..

Setelah itu, kami ke Berinchang (betulkah ejaan ini?)

Kami cari tempat tinggal dahulu...

Jadi, ayah saya parking di satu tempat...

Ayah saya pergilah cari tempat tinggal..

Kami pula ditinggalkan di dalam kereta...

Tiba-tiba,

PAP!

Terkejut benar kami..

Rupa-rupanya ada kereta langgar belakang kereta kami..

Abang saya pula, terus keluar dari kereta.. Macam mahu cari gaduh..

Tak patut! Tak patut!

Selepas itu, ibu saya pula keluar...

Mulalah perang mulut...

Masa ibu saya sedang cek belakang kereta...

PAP!

Sekali lagi...

Belakang kereta saya dilanggar..

Kali ini dengan ibu saya di belakang..

=(

Kasihan ibu saya...

Eh eh! Dia tidak apa-apa..

Saya kasihankan ibu saya kerana tali selipar dia terputus =D

Sebab tayar itu langgar selipar ibu saya...

Jadi, ibu saya pergilah beli baru..

Keh keh keh...

Teruk juga keadaan kereta kami...

Tapi yang melanggar lebih teruk...






Yang budak dibulat warna biru itulah pemandu kereta tersebut..
Hmm.. patutlah...










Inilah kereta kami...









Baiklah, saya berhenti di sini...

Kita berjumpa lagi di dalam Pahit Manis di Cameron Highlands Part 2 ok?

Thanks for reading this nonsense...

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment