Friday, December 23, 2011

Dear POD: Wah! Wah! Alhamdulillah

Assalamualaikum...

DEAR POD,

Wah, lamanya saya sudah tidak update blog ya! =(...

Bukan apa, takutkan keputusan PMR...

Tapi,

Alhamdulillah sangat-sangat...

9A dalam tangan =,)

Masa nak ambil itu, menggeletar sangat-sangat..

Thanks Haikal , sebab temankan masa ambil keputusan itu...

Walaupun guna mesej...

Memang tenanglah juga jadi...

Ceritanya macam ini...

Masa itu nak diumumkan...

Cikgu Malik pun umumlah 6A dahulu..

Umum...dan umum... dan umum... (dalam hati ini cakap: Jangan ada nama..jangan ada nama...Tapi kalau tidak ada nama, mungkin 5A...ahhh!)

Habis 6A, tiada nama saya...

7A pula...

Umum... dan umum... dan umum... (mula-mula ingat saya dapat 7A sebab Syafireen cakap, THANKS FOR NOTHING!)

Tidak ada juga, masa itu saya sudah menggeletar tahap maksima!

Kemudian, cikgu Malik nak umum 9A dahulu...

LAGILAH MENGGELETAR!!!

Mula mula...

Dipanggil beberapa orang kawan saya..

Dah takut..

Tiba-tiba

AMIN BIN AZHAR... ANAK CIKGU JASEMAH INI..

Terus saya bangun, peluk mak dan keluar dari dewan...

Masa keluar itu, cikgu-cikgu yang duduk di bawah semua sudah cakap TAHNIAH!

I am like a king that day!

Bukan apa, sebab saya ialah satu-satunya lelaki di sekolah saya yang dapat 9A di sekolah saya pada tahun itu..

Dan lelaki yang kedua dapat 9A PMR di dalam rekod sekolah...

Sudah ada orang dapat 9A lelaki tahun lepas =(

Kalau tidak, boleh saya pecah rekod..

Ok...ok...dah lari dari jalan cerita..

Jadi, saya keluarlah dari dewan.. Saya lalu jalan belakang...

Saya terus mesej Haikal dahulu...

Kenapa saya mesej dia dahulu?

Sebab dia ialah kawan saya yang paling saya rapat dan kawan saya yang paling terbaik di dunia!

Pada hari itu, SEMUA cikgu yang saya jumpa bangga dengan saya...

Rupa-rupanya mereka sudah tahu dahulu..

MANA ADIL! >=(

Anyway, they are proud of me...

My mom are proud of me...

My dad are proud of me...

My sister are proud of me...

My friends are proud of me...

But, my brother are'nt...

He still keeps teasing me
...

Biarlah dia...

Dia tidak bangga dengan adik dia nak buat macam mana bukan?

Terima kasih kepada guru-guru yang sudah mengajar saya dari Tingkatan 1-3

BM- Cikgu Ali, Cikgu Rafidah, Cikgu Norlela, Ustazah Normah
BI- Cikgu Norziyani, Cikgu Hamimah, Cikgu Umi, Cikgu Ghani
MT- Cikgu Faizah, Cikgu Saiful, Cikgu Zalina, Cikgu Izra/Ezra (tak pasti namanya), Cikgu Noraini, Acik Tini (kawan ibu saya ini..)
SN- Cikgu Ramlah, Cikgu Wahidah, Cikgu Zaleha, Cikgu Bahiyah
GEO- Cikgu Zubaidah, Cikgu Salwati, Cikgu Rohaidah, Cikgu Norhayati
SEJ- Cikgu Bala, Cikgu Rosmah, Cikgu Kamariah, MY OWN MUM
AGAMA- Ustazah Shakimaz, Ustazah Rohaidal, Cikgu Salmah
KH- Cikgu Roziah, Cikgu Salim
BA- Ustazah Shakimaz, Ustazah Suziana, Ustazah Normah, Ustaz Zaimi

Terima kasih sangat-sangat kerana mengajar saya..

Thanks for reading this nonsense

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment