Monday, December 12, 2011

Dear P.O.D - Terharu =,)

Assalamualaikum...

DEAR P.O.D

Terharu? Terharu apa bendanya ini?

Semua disebabkan Kak Ain Maisarah =D

Entri hari ini saya tujukan khas kepada Kak Ain =D

Bukan apa, semalam beliau berbincang dengan admin Fanpage AinMaisarah tentang pelancaran blog...

Setelah habis berbincang, beliau tulis di status-nya sesuatu...

Mahu tahu apakah sesuatu itu?

Lihat gambar ini! XD



(Kalau tak nampak, dipersilakan untuk membesarkannya dengan click di gambar itu)






Hebat bukan?

Mahu tahu siapa Ain Maisarah ini?

Mari saya kenalkan =)

Beliau ialah penulis kegemaran saya...

Seorang yang sangatlah baik dan sporting (Saya tidak bodek OK!)

Suaranya comel sangat =D (Kenyataan...)

Ibu bapa saya juga sangatlah menyokong saya membaca buku-bukunya...

Kadang-kadang, mereka menegur saya...

"Adik, bila buka Facebook saja mesti Ain Maisarah."

Beliau sudah ada 29 buah buku sinonim dengan umurnya iaitu 29 tahun (2011) [Saya ada 26 sahaja..Saya ingatkan saya dah cukup kesemuanya...hanya tinggal Aku Mahu Ain Maisarah...lagi 2 buah buku itu buku apa?]

Senarai bukunya boleh dibaca di sini

Nak tengok mukanya?

Tidak perlulah...Sebab saya sudah letak mukanya di entri 'Koleksi Aku - Aku Mahu Popular'

Baiklah, itu sahaja...

Mahu tahu lebih lagi, sila tanya beliau di sini

Kalau beliau tidak jawab maksudnya beliau sibuk OK?

Blog beliau anda boleh dapati di sini

THANKS FOR READING THIS NONSENSE!

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment